Terjemah

Arkib Blog

Carian Blog

Thursday, 18 October 2012

RPH bagi BM Tahun 2 yang bertajuk “Keselamatan”

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA

Mata Pelajaran dan Kelas:
Bahasa Malaysia  Tahun  2 Merah
Tema/Tajuk:
Keselamatan
Masa:
7.30 – 8.30 pagi
Standard Pembelajaran:
1.6.1  / Literasi 3.1, 3.2
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;
i.      Menyatakan maksud papan tanda jalan raya dengan tepat.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
1.     Menonton tayangan multimedia.
2.     Membilang jumlah papan tanda yang terdapat dalam tayangan multimedia.  
3.     Berbincang dalam kumpulan untuk menyatakan maksud papan tanda jalan raya yang ditunjukkan.
4.     Membentangkan jawapan dengan bimbingan guru.
5.     Mewarna dan menulis nama papan tanda jalan raya pada lembaran kerja.
Aktiviti Literasi
1.    Menyebut dan memahami perkataan atau frasa yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang terdapat dalam kad imbasan.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
Ilmu : PKJR
Nilai Murni – berbudi bahasa, mematuhi undang-undang
Kreativiti dan Inovasi
TMK – belajar melalui tayangan multimedia.
Bahan Bantu Belajar:
Komputer, tayangan multimedia (diambil dari CD PKJR tahun 2-Versi pelajar), kad imbasan, kad suku kata, lembaran kerja
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Murid menyatakan maksud papan tanda jalan raya yang dipaparkan.
Refleksi:
35 orang daripada 40 orang murid telah mencapai objektif P&P.
Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.
Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.

No comments:

Post a Comment