Terjemah

Arkib Blog

Carian Blog

Tuesday, 16 October 2012

RPH bagi BM Tahun 2 yang bertajuk “Kemasyarakatan”


Rancangan Pelajaran Harian



Displin Ilmu dan Kelas
Bahasa Malaysia , Tahun 2 Cekal  
 Tema / Tajuk
Kemasyarakatan – Gotong-royong
Masa
7.40 – 8.40 pagi
Standard Pembelajaran 
3.2.5
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran , murid dapat
i. Menulis ayat yang mengandungi perkataan dua atau lebih 
   suku kata, dengan cara yang betul.
ii. Menulis ayat yang mengandungi perkataan diftong dan
    vokal berganding.
iii. Menulis ayat dengan tulisan yang kemas.
Aktiviti
1. Murid meneka aksi yang ditunjukkan.
2. Murid membaca ayat dengan sebutan dan intonasi yang
    betul.
3. Murid menyiapkan lembaran kerja.
4. Murid menyanyi lagu.
EMK
Ilmu             : Pendidikan Moral
Nilai Murni : Bekerjasama
Kreativiti     : Demo ikut imaginasi
TMK             : Belajar melalui TMK

Bahan Bantu Belajar
Gambar dan lirik lagu
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran
Menulis ayat berdasarkan gambar yang diberikan.
Refleksi



               
Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah Aisah telah mengadakan aktiviti gotong-royong. Aisah menyapu lantai kelas. Siti pula mengelap tingkap dengan kain buruk. Murid-murid kelas 2 Cekal bekerjasama menyusun meja dan kerusi



Gotong- royong
( lagu Twinkle-twinkle Little Star)
Pagi-pagi bangun awal
Mari kita kerjasama
Sapu lantai lap tingkap
Susun meja sama-sama
Bilik darjah ceria
Kita rasa gembira

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI
BAHASA MALAYSIA TAHUN DUA - SJK
KEMAHIRAN
Menulis
BAND
1
PERNYATAAN STANDARD
Mengetahui asas mendengar- bertutur, membaca dan menulis
DESKRIPTOR
B1 DT1:
Menulis perkataan dan ayat
EVIDENS
B1 DT1 E1
Menulis perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata.

B1 DT1 E2
Menulis perkataan yang mengandungi diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung.

B1 DT1 E3
Menulis frasa dan ayat.


AKTIVITI PENTAKSIRAN
Bahan.:
-         Menyediakan lembaran kerja

Langkah Pentaksiran :
-         Murid menulis perkataan yang mengandungi tiga suku kata
-         Murid menulis perkataan yang mengandungi diftong dan vokal berganding
-         Murid menulis frasa dan ayat.


Sila klik untuk dapatkan sumber softcopy & Lembaran Kerja:



No comments:

Post a Comment