Terjemah

Arkib Blog

Carian Blog

Thursday, 11 October 2012

RPH bagi BM Tahun 2 yang bertajuk "Kekeluargaan"

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA



Disiplin Ilmu dan Kelas
Bahasa Malaysia Tahun 2 Bestari
Tema / Tajuk
Kekeluargaan -
Masa
7:30 -8:30 pagi
Standard Pembelajaran
1.4.1 , 1.4.2  / Literasi 5.1
Objektif Pembelajaran
Pada akhir Pengajaran dan Pembelajaran, murid dapat
i) Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata
    panggilan  dengan tepat bagi keluarga bukan kalangan  
     keluarga asas dalam situasi tidak formal secara
     bertatasusila
Literasi
i) Membaca dan memahami ayat tunggal yang ada perkataan mengandungi suku kata terbuka.

Aktiviti
  1.  Murid menjawab soalan tentang gambar yang ditunjukkan . (Tayangan slaid powerpoint)
  2. Murid membaca dialog berdasarkan watak yang telah ditetapkan oleh guru.
  3. Murid menyebut tentang watak-watak dalam dialog
  4. Murid menyiapkan lembaran kerja yang diberi oleh guru.
  5. Murid menghasilkan wau.

Aktiviti Literasi

  1. Membaca ayat tunggal.

EMK
Ilmu: Pendidikan Seni Visual
Nilai murni: berusaha, rajin, bekerjasama
Keusahawanan – rajin berusaha dan kreatif
Kreativiti dan inovasi (menghasilkan wau)
TMK- menggunakan slaid
Bahan Bantu Belajar
Tayangan multimedia gambar-gambar wau yang terdapat di Malaysia, bahan maujud-wau
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran
Murid dapat berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk yang betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.
Refleksi
AP : 25 /30 orang murid dapat menguasai objektif
LINUS :  5  orang murid diberi aktiviti pemulihan




INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI
BAHASA MALAYSIA TAHUN 2 – SK

KEMAHIRAN
Mendengar dan bertutur
BAND
4
PERNYATAAN STANDARD
Mengetahui, memahami dan memberi respons maklumat yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul.
DESKRIPTOR
B4DL1
Berkomunikasi menggunakan ayat yang betul dalam pelbagai situasi.


EVIDENS
B4DL1E1
Berkomunikasi dalam situasi tidak formal.

AKTIVITI PENTAKSIRAN
Bahan:
  • Menyediakan lembaran kerja

Langkah Pentaksiran:
  • Murid menjawab soalan apabila disoal.
  • Murid melafazkan dialog.
  • Murid menyiapkan lembaran kerja.
  • Murid menghasilkan wau.


Sila klik untuk dapatkan sumber softcopy:

2 comments:

  1. Jadual di atas bagi (RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA) boleh di kecilkan lagi.

    Antara Dialog dengan Instrumen boleh dirapatkan lagi.

    Sekian.

    ReplyDelete